Monday, August 22, 2005

: : edisi BM : menyelamatkan kemaluan aylwin : :

begini ceritanya, saya baru balik dari makan malam. terbaca pulak coretan si alias-sher pulak. maka timbul lah suatu perasaan yang amat kuat. perasaan cinta kepada negara mula timbul. yakni saya telah membuat keputusan untuk mem"blog" dalam bahasa melayu maka lahirlah edisi BahasaMelayu : menyelamatkan kemaluan aylwin.

berbalik kepada coretan saya yang lalu, saya telah bertanya satu soalan, "apakan nama ingeris bagi lala?" iaitu sejenis makanan laut. terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan jawapan , seperti si victor, si teresa, si kangxian, si rachel dan lain lain lagi. jawapan yang sebenar ialah "clams" orang yang pertama yang telah memberikan jawapan ialah teman sebilik saya. maka dialah yang mendapat hadiah secawan kopi di bintangbucks. tetapi kepada yang tidak berjaya jangan patah hati. terdapat juga hadiah sagu hati. hadiah sagu hati berupa secawan teh ais di mana mana gerai mamak berdekatan. sekali lagi ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

pagi ini, pada pukul 630 pagi, saya bersama teman serumah telah berangkat ke bandar kelang yang terletak lebih kurang 40 minit dari pekan cyberjaya. kami ke sana untuk bersarapan pagi. makanannya adalah makanan yang amat terkenal di bandar kelang iaitu tulang babi teh. untuk makluman semua tulang babi teh ini dimasak di dalam periuk pasir dan di makan bersama nasi minyak dan bawang goreng. hidanganan in amat menyelerakan. rugi jika anda ke bandar kelang dan tidak mencuba hidangan ini.

tentu saudara saudari sekalian hairan kenapa si alias-sher dan saya mem"blog" dalam bahasa melayu. ini kerana :-

a) hari kebangsaan akan tiba tidak lama lagi. ini sebagai tanda penghormatan kepada pahlawan2 yang telah bergadai nyawa demi negara tercinta malaysia
b)untuk meningkatkan martabat bahasa melayu yang kian hilang di kalangan pelajar universiti sekarang.
c)supaya orang ramai tidak lupakan bahasa ini. cintailah bahasa kita

akhir kata " bahasa jiwa negara" selamat menyambut hari kemerdekaan yang akan jatuh pada 31 ogos 2005.

malaysia boleh!!!!!


p/s : sekiranya tersilap bahasa atau jika ada kesilapan tatabahasa, saya meminta maaf.

5 Comments:

Blogger qwerty said...

EY! Engko ni formal terlampau lampau laa

aku punya bm macam tayar buruk je.. engko ni gi tulis bm bunga bunga gila babi

6:12 AM  
Blogger Jason Lee Kang Xian said...

gila betui budak niiii...pagi pagi bangun 6:30 pagi semata-mata nak makan daging tulang teh ...!!!

wokeh la...nampaknye i dapat teh ais kat mamak ... Oit aylwin u tunggu ya...nanti kita pegi sudut steven's :D

6:46 AM  
Blogger Jad [Alt] Kaizer said...

Wah, apa ni? Kempen Cinta Bahasa Kita kah? Atau Kempen Cinta Bahasa Pasar ???

12:44 PM  
Blogger aylwin said...

bahasa pasar??? mana hang nampak saya gunakan bahasa pasar?

9:50 PM  
Blogger Brian Lee said...

meh si orrr?? joe meh gam dor yan yung malai man gehh??

sik chor yok ar?

diu nia sing arr....ah pa ah ma pei gum dor lui lei yap tai hok lei hai doe sai si gan type blog??

MCA folever!
I oso patliotik wan

3:05 AM  

Post a Comment

<< Home